Duhai teman..
mindaku terpaku pd sebuah erti
deriaku sakit mngenangkan nasib
hatiku resah tdk mahu tenang
mengapakah..
jgn khuatir
aku akn sgera mncari ubatnya
hanya pabila ku bertemuNya
duhai teman..
kita sungguh bertuah
mendapat kesihatan y sejahtera
mndapat pancaindera y sempurna
perut kita masih boleh berisi makanan
kaki kita masih boleh bergerak bebas
mata cantik y sedang membaca itu masih boleh melihat
serta lidah kita masih boleh menyusun kata
namun temanku..
pastikah kita mngunakn anggota seperti y diamanahkan?
pasti ada hadnya bukan?
usah kita berbicara dgn suara y kuat dan kasar
usah menengking dan memarahi manusia dgn wasangka kita
jgn kita mengasari makhluk Allah y lain..
itu bukan ajaran penghulu kta!
ingin ku kongsi satu pesanan buat kta bersama,
pesanan dari ayahanda Aisyah r.a iaitu Rasulullah saw,
’Wahai Aisyah, bertakwalah kamu kpd Allah azza wa jalla dan bersikaplah lemah lembut. Sesungguhnya kelembutan adalah merupakan perhiasan dan janganlah sehingga dilepaskan sedikitpun, kerana jika kamu lepaskan, hanya memburukkan dirimu’.
Lihatlah..kita sungguh berharga dengan perhiasan itu..
Berbekallah dengan taqwa,
sesungguhnya kamu tidaklah menyedari
apabila malam telah menutup
adakah kamu hidup sampai pagi?
Ramai org sihat mendadak mati tanpa sakit,
namun ramai org sakit terus hidup beberapa lama
Ramai anak-anak y diharap panjang umu,r
sementara jasadnya telah masuk ke liang kubur
Ramai pengantin sedang berhias untuk suami,
sementara roh mereka dicabut pada malam takdir
Ramai pemuda di waktu petang dan pagi tertawa ria,
sementara mereka tidak menyedari kafan telah ditenun..
wallahualam
Salam Berzikir
Salam mesra=) alhamdulillah belek punye belek, ana terjumpa la satu artikel ni..setelah sekian lama tidak mnggrakkan jari jemari ini utk menaip..alhamdulillah juga Allah beri kesempatan pd ana dan pembaca2 smeua y masih sudi mngikut perkembangan blog ni(opps)..trimas ya. kali ini sy akn mengimbas kembali satu artikel y sy rasa amat cukup berkesan, d mana ramai manusia khususnya wanita sedang/masih lupe akannya. Dimana pengisiannya mengenai tabiat kita berhari hari, penampilan kita dan pembawaan watak kita dalam karakter sbagai seorg umat Muhammad saw.Selamat membaca!
Kontroversi yang ditimbulkan oleh wanita bertudung mengelirukan wanita Islam yang masih tidak bertudung dan lebih lebih lagi org bukan islam. Mana tak peliknya tujuan bertudung itu untuk memelihara maruah wanita itu tetapi kelakuan sebahagian wanita bertudung sekarang mmerosakkan maruah diri mereka sendiri.apa cerita?
Sebenrnya perintah menutup aurat itu tidak salah, terlalu bnyk hikmah dan memang terbukti wanita y menutup aurat ini lebih selamat daripada bahaya mata lelaki dan gejala gejala y lebih serius daripada itu seperti sumbang mahram, rogol dan zina. Tetapi wanita bertudung itu salah kerana mereka tidak memahami byk perkara berkaitan dengan perintah menutup aurat atau kalau mereka faham pun, mereka tidak tahan cabaran y diterima oleh wanita bertudung kerana tipisnya iman y dihadapi oleh mereka atau kerana mereka terpengruh dgn keindahan keing=dahan y dinikmati pleh wanita yang tidak menutup aurat walaupun mereka tahu nikmat itu hanya sementara. Berdoalah untuk wanita ini agar mereka di beri petunjuk dan kekuatan untuk menutup aurat secara sempurna. 
Bagaimana pula dgn isu wanita bertudung melakukan maksiat? Mengapa ada wanita bertudung y buruk akhlaknya dan tiada disiplin diri? Sebenarnya org y bertudung itu perlu memahami bahawa pakaian ada kaitan dgn akidah, ibadah , dan akhlak. Jadi seorg wanita y bertudung mestilah menjaga pandangan mata dan menjaga batas pergaulannya. Sesiapa pun boleh terjebak dengan zina walaupun dia serg imam, ulama, terpelajar sekiranya dia tidak menahan pandangn matanya, tdk menjaga batas pergaulan, dan melakukan perkara y menghampiri zina seperti berjumpa berdua-duaan di tempat y sunyi,chatting, dan sms perkara y boleh mendorong kepada zina.
Wanita y bertudung krn taat perintah Allah sepatutnya dan biasanya akan taat juga perintah Allah y lain sperti solat,puasa,mghormati ibubapa, dan guru dan lain2. Tetapi wanita y bertudung ikut-ikutan atau kerana malu kepada manusia spt ustaz,kawan satu sekolah, adk-bradik, ibubapa, saudara mara atau masyarakat sekeliling biasanya tdk menjaga perintah Allah y lain2 dan akn sanggup bergaul bebas hatta mendekat zina. Ini kerana dia bertudung bukan kerana taat kpd Allah, bukan juga krn takutkan siksaan Allah , jadi dia juga tidak takut utk melanggar perintah Allah y lain. Wanita bertudung juga perlu sentiasa memperbaiki akhlaknya dan berusaha mempertingkatkan amal ibadahnya.
Kuncinya org Islam mesti melakukan sesuatu kerana TAAT perintah Allah bukan kerana taut atau malu kepada manusia dan untuk berpegang teguh dgn sesuatu perintah mereka perlu memahami mengapa sesuatu perintah atau larangn itu dilaksanakan serta perlu melatih diri untuk menahan segala cabaran seperti tohmahan manusia serta membiasakan diri dengan perintah itu atau arabnya ISTIQAMAH(tetap berterusan)
Bagaimana pula dgn y bertudung tetapi atas dada, mengikut bentuk badan, dan jarang? banyak wanita melakukan sebegini kerana ingin kelihatan cantik. Tidak perlu bertanding kecantikan atau menunjukkan anda lebih cantik diluar rumah dan dihadapan khalayak ramai kerana konsep menutup aurat sebenar ialah y tidak menarik perhatian. JIka mahu menarik perhatian pakailah apa sahaja pakaian y paling indah dan dedahlah semahumu kepada org y menikmati kecantikan y dianugerahkan oleh Allah swt. kepadamu! Sebab itulah perlu memahami konsep bertudung. Bertudung di luar rumah bukanlah utk bermegah megah atau bertanding siapa y lebih cantik, bertudung utk memelihara maruah diri jadi cukup sekadar kemas dan meyakinkan kerana jika ini yang berlaku memanglah wanita itu biasanya akan melewati atau melanggar ciri-ciri menutup aurat y sempurna..
Rasulullah saw bersabda,
'sesiapa y memakai pakaian kemegahan di dunia ini maka Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan di akhirat kelak' (Ahmad, Abu Daud An-Nasai dan Ibnu Majah). larangan ini juga bertujuan utk mengelak perasaan riya' dan menjaga hati org miskin. Sayangilah diri sendiri, alang alang bertudung biar sempurna. Sungguh sayang, kita berharap dengan bertudung, kita akan terselamat dari seksa neraka tetapi kerana kita melangar ciri-cirinya kita tetap disiksa
Sekian, artikel ini akan disambungkan pada entry berikutnya..sahabat, semga kita dpat mengambil iktibar dari apa y disampaikan oleh penulis sebenar artikel ini. Kau lah wanita, wanita yang terlalu istimewa..seperti mahkota emas y mmpunya nilai tersendri. Jadi belailah kecantikanmu itu sewajarnya, mahukah kecantikan mu itu dinikmati oleh manusia y tidak menjaga hatinya pada Allah? masyaAllah..sama2 kita jauhkan.
'Bertakwalah pada Allah di mana jua kamu berada dan ikutlah keburukan dengan kebaikan y akan menghapuskannya dan bergaullah dengan manusia yang berbudi baik'
'Kehidupan di dunia dijadikan indah dalam pandangan org2 kafir dan mereka memandang org2 beriman sebagai manusia HINA. Padahal, org2 bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat'. (al-Baqarah:212)
Salam Pembuka bicara, pengikat iman..sebagaimana seteguhnya sekeping hati untuk terus mbaca kupasan kali ini. 
Teringat kisah kisah semasa diri ini masih kecil dek ’sebatang taugeh y sedang bercambah, rapuh batangnya dan hijau daunnya, apalagi akarnya y hanya secebis tak cukup untuk mencengkam tanah sekuatnya..bagaikan gambaran seorg kanak-kanak. Di pendekkan kata, sejak kecil lagi dididik dengan sebatang rotan/penyapu lidi apabila melakukan kesalahan. Bila anak sudah meningkat dewasa ,lain pula cara didikannya..namun, dari pandangan mata hati ana, lain org lain pula caranya dlam mendidik cahaya mata masing2. Gelagat anak-anak dewasa makin menjadi dengan pelbagai kes jenayah yang melanggar hak asasi manusia seperti yang diwarwarkan di dalam berita. 
Sepertimana yang kita tahu, Islam telah menggariskan panduan mendidik anak dan masyarakat dengn cukup teliti dan saksama dengan hukumannya. yang terbaru, kes buang anak dan berzina makin menjadi jadi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. 
Masyarakat bagaikan sudah jelek dengan isu yang dikatakan ’biasa’ ini..padahal di sisi Islam ia amatlah di kecam. Dengan terlaksananya hukuman sebat bagi pesalah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (bidnag kuasa jenayah) 1965 (Pindaan) 1984 selain mengehadkan denda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun atau gabungan mana mana yang di atas, pasti kesannya lebih mendalam buat pesalah selain dapat memberi keinsafan y nyata. Perlaksanaan hukuman penjara sebelum ini juga membeir kesan cuma tidak mendalam di dalam hati pesalah..denda apatah lagi. Hukuman penjara sebaliknya memneri kesan y buruk kepada pesalah seperti di buang kerja, hilang sumber pendapatan, berjauhan dengan keluarga dan seterusnya boleh menyebabkan masalah emosi dek kerana tempohnya.
Saudara y dikasihi, konsep sebatan dalam Islam harus difahami semua golongan masyarakat supaya tiada yang salah anggap. Mengapakah Islam menggariskan hukuman sebegini kepada si pengzina? apakah dasarnya?..ini kerana:
1. melanggar hak-hak Allah (bagi org Islam)
2. melanggar norma akhlak manusia
3. merosakkan hubungan perkhawinan dan keturunan manusia.
Dari petikan al-Quran:
''Dan org-org mukmin itu ialah org yang tidak menyembah Tuhan lain beserta Allah kecuali dengan alasna y hak, dan tidak berzina, brgsiapa y melakukan demikina itu, nescaya dia mendapat dosanya. Akan dilipat gandakan azab utknya pada hari iamat dan dia akan kekal dalam azab itu dlm keadaan terhina. Kecuali org2 y bertaubat, beriman dna mngerjakan amal soleh, maka mereka itu akn digantkan Allah kejahatan mereka dgn kebajikan2. Dan adalah Allah itu Maha Pengamoun lagi Mhaa Penyayang''.
(al Furqan:68,69,70)
Terdapat 2 jenis penzina dan hukuman atas kesalahannya.Berikut adalh ringkasannya dan diharapkan pembaca dpt mngmbil perhatian:
a. Penzina Muhshan
-iaitu org lak2 atau wanita y telah menikmati persetubuhan dlm perkahwinan y sah,sama ada keluar air mani ataupun tdk,samada dlm ikatan perkahwinan ataupn tlh bercerai. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai mati.
Semasa pemerintahan Rasulullah saw di kala Baginda menakluki kawasan y diduduki oleh org bukan islam, Baginda telah melaksanakan hukum ini dgn jelas dan tegas. Berdasarkan hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan lain lain. Rasulullah juga melaksanakan hukuman y sama terhadap penganut agama Nasrani, Majusi dan kafir wathani y berlindung di bawah panji-panji Islam.
Saudara pembaca y dikasihi sekalian. Persoalan seterusnya di minda saudara adalah bagaimanakah hukuman rejam dijalankan?berikut serba sedikit caranya:
1. dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh sekumpulan org Islam
2. Jika pesalah wanita itu mengandung, hukuman akan ditangguhkan sampai dia
bersalin dan selesai menyusukan anaknya dlm tempoh
3. wanita y direjam keadaannya duduk, manakala lelaki berdiri
4. Pakaiannya pula diikat baik dan kemas supaya tdk terbuka auratnya dikala
menggelepar kesakitan.
Hukumannya berat tetapi wajar. Islam telah memberi kelonggran dan kemudahan pada pesalah untuk melaksanakn tgugjwb kpd anak y baru dilahirkan. 
b. Penzina Bukan Muhshan
Iaitu laki-laki atau wanita y belum menikmati hubungan kelamin dalam perkahwinan y sah tetapi telah melakukan hubungan itu iaitu di luar perkahwinan y sah.
Hukumannya,
1. 100 kali sebatan
’Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atas tiap2 org 100 kali rotan dan janganlah perasaan kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam menegakkan agama Allah, jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dn hari akhirat. Dam hendakla pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan oleh skeumpulan org2 mukmin’
(Surah an-Nur: 2)
2. Pembuangan negeri/daerah selama 1 tahun
Tahukah saudara bahawa hukuman gabungan anatara 100 kali rotan dan buang negeri ini tlh dilaksanakan semasa pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.
Namun saudara, ada juga y berpendapat tempoh setahun itu adalh maksimum dan hanya lelaki sahaja y akan dihukum buang negeri krn wanita adalah aurat. Hikmah spy di buang negeri adalah utk mengasingkan penzina ke satu daerah lain dr daerahnya dan dalam masa y sama supaya penzina dapat bertaubat dan membina kehidupan y baru. Inilah cara ajaran y diterapkan Islam agar jiwa-jiwa muslim terkesan atas kesalahan y dilakukannya.
Mari kita selidik pula bagaimanakah hukuman sebatan ini dijalankan semasa zaman pemerintahan Islam dahulu kala.
a. wanita y hamil hendaklah ditangguhkan smpai tempoh ia berslain dan
selepas menyusukan anaknya
b. jika sakit ditangguh sehingga ia sembuh
c. hukuman tdk boleh dilakukan dlm keadaan cuaca y terlalu panas dan sejuk
d. pesalah di rotan sambil ia duduk
e. sebatan rotan boleh dikenankan kpd seluruh anggota badan KECUALI kepala,
muka dna kemaluan menurut Asy-Syafi’e dan Abu Hanifah.
f. rotan y digunakan bersaiz sederhana, tdk besar, dan tidak kecil
g. disaksikan oleh golongan mukmin.
Baru-baru ini, seramai 3 org pesalah waniat telah dikenakan hukuman rotan sebyk 6 sebatan. Undang-undang ini terhasil atas wadah perbincangan dan kesepakatan daripada hakim syariah, peguam negara, JAKIM dan JAIS. Sebelum terlaksananya hukuman tersebut, pesalah dibolehkan utk solat sunat taubat dan beberapa sesi kaunseling diadakan supaya dapat memperbetulkan akidah mereka di smaping memberi kekuatan spiritual y mendalam kpd mereka. 
Selain dalam keadaan menutup aurat, hukuman dikenakan dlm keadaan duduk dan selepas itu pesalah boleh direhatkan. Pesalah boleh pulang ke rumah dalam masa sehari dua selepas itu sekiranay prosedur hukuman telah selesai. Alhamdulillah, mereka memberi impak y positif ke dalam diri mereka malah ada pesalah y mengaku bhw beliau cukup terkesan dan insaf selepas menjalani hukuman tersebut. Biarpun 6 sebatan sudah cukup menghadiahkan secebis kesedaran buat saudara Islam kita ini, berbanding hukuman penjara dan denda y dilihat sebagai prosedur y kurg memberi makna dalam hati mereka.
Dengan terlaksananya hukuman baru ini, moga-moga cinta Ilahi dalam hati mereka dapat memberi cahaya dan pengajaran buat kita serta semua wanita dan laki2 y lain. Juga smoga hati-hati peguam dan hakim seluruh negara serta badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan dapat memberi sokongn y padu supaya undang-undang baru dipinda secara teliti dan di praktikkan bukan sahaja di seluruh negeri bahkan seluruh begara-negara Islam di dunia ini. Setapak melangkah buat hari ini, segunung hasil buat bertahun akan dtg!
Terima kasih krn sabar membaca rumusan ini. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat..itu sudah memadai.
Sumber rumusan: Mengenal Kanun Jenayah Islam karangan Drs. Abdul Ghani Azmi B Idris
Wallahualam
Mari berkongsi resepi bersama!
Resepi y bakal ana kongsikan ini cukup simple buat penggemar coffee. Sesuai untyk di buat bersama lunch dan tea-break.Tapi sayangnya, ana bukanlah seorg kaki kopi.huhu..kalau nak tahu rasanya, cubalah
Core power:
1. 1 sudu kecil Serbuk kopi(apepe je,tp bkan y segera)
2. 3 scope aiskrim vanilla
3. 500ml susu lembu berkrim
4. Ais secukupnya
5. Termos
Cara-cara:
1. Cairkan serbuk kopi dengan sedikit air panas dan gula secukupnya. Setelah itu
buangkan habuknya.
2. Masukkan air kopi ke dalam termos
3. Campurkan 500ml susu lembu berkrim tadi ke dalam termos
4. Masukkan 3 scope ais krim vanilla ke dalamnya sekali
5. Tutup termos dan goncangkan isinya(baik-baik, nanti tumpah)
6. Sedia untuk dihidang dalam gelas berisi ais
7. siap!!
Pada sesiapa y ingin mncuba, nanti bgtaw pada saya rasanya
ok, jumpa lagi(*-*)
Salam sayang
Duhai ibu ayah,
sungguh ku sayang sepenuh hatiku,
namun sukar untukku memulakannya,
sedangkan dirimu tanpa segan menyemai rasa sayang pada anakmu ini,
ku harap takdir tidak memisahkan kita,
walaupun sudah tertulis bahawa kita pasti akan terpisah,
pada bila2 masa,
apatah lagi di hari terakhir kita di bumi Allah ini,
Tiap hari ku mohon,
agar kau senang dan sihat sentiasa,
di terima amalan,
Jua ku mohon
engkau dilimpahi rahmatNya,
dipanjangkan umur dan masa untuk kita bersama,
anakmu ini sangat sayangkan mu,
tak berdaya hidup tanpa mu disisi,
namun..
anakmu ini
selalu menyusahkan mu,
tanpa sedikitpun engkau mengeluh,
anakmu ini..
tdk mahu mneyakiti mu,
tdk mahu menyusahkan mu lagi,
tdk mahu..tak mahu
kuhanya ingin memberi kasih sayang pada mu
ibu ayahku..
andaikata kasih sayangku belum cukup buatmu,
maafkan daku,
aku akan berusaha melimpahkan doa dan sayangku,
maafkan daku,
krn kurang berada di samping mu ketikamu sedih dn gembira,
anakmu ini berada di perantauan,
bergelumang dengan ujian dunia y penuh cabaran..
maafkan daku,
andai tidak dapat menjadi anak yang baik,
andai aku tdk selalu menyelesaikan masalah keluarga kita,
andai daku tak sempat menangis bersamamu,
cuma dari jauh ku mohon,
agar engkau menerimaku seadanya aku
dan mengerti kehidupan anakmu ini..
ku tahu engkau jua tahu
nikmat kasih sayang y engkau limpahkan pada anak2mu,
tidak pernah sesekali engkau minta balasan,
walauapapun,
aku akn berusaha memberi y terbaik buat mu..
smoga engkau sntiasa bahagia di kampung
salam sayang dari anakmu,
Zaidatul Akmal Othman
salam ukhuwah salam perjuangan
petikan KCB2:
cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
megubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta..
suka untk ana ungkapkan rangkap sajak di atas..memandangkan ana adalah peminat sajak dan puisi ketika di bangku sekolah lagi, sudah lama rasanya tdk mnyentuh bahasa sajak y cukup indah bg ana..andai ada masa dan ruang, akan ana kongsikan sajak y ana coretkan beberapa tahun y lepas..mmg hebat ungkapan cinta bagi setiap manusia dan masing2 mempunyai pendirian sendiri tentang apa itu makna cinta sebenarnya.
cinta itu tak dapat didiskripsikan oleh org y belum pernah mendirikan rumahtangga.Ungkaplah seberapa indah dan seberapa hebat sekalipun rangkap cinta saudara2 dalam pendirian saudara. definisi cinta itu sendiri akan terlerai setelah anda benar2 membina masjid, dan memasuki alam rumah tangga. Dan atas sebab itu lah pentingnya untuk mendapat khidmat pertimbangan akal dan nasihat dari y lebih arif, iaitu org y telah mendirikan rumah tangga. MasyaAllah...mereka sudah cukup tahu asam garam kehidupan bergelar sepasang suami isteri..masakan tidak, sudah berpuluhan tahun merangkap takhta sebagai insan bergelar suami dan isteri, apatah lagi sebagai seorg ibu dan bapa. Kekuatan dan gabungan kuasa cinta antara sepasang suami isteri itulah y menentukan ’period’ sesebuah hubungan itu berkekalan. Menjadi seorg isteri/suami bukan hanya sibuk menikmati alam cinta ataupun hanya setakat meluahkan perasaan pada pasangan, tetapi ia adalah amanah/tugasan y telah dianugerahkan Allah utk sama2 menghadapi liku2 kehidupan di dunia y sementara cuma, beribadah padaNya, menyatukan ketidaksepatuan dan membentuk akhlak muslim yang mulia dalam diri dan generasi. Satu anugerah y memberi pelbagai nikmat tak terhingga..Ukurannya, lihatlah pada dalam diri, sejauh mana ana dan saudara2 MAMPU dan MAHU menangkap ilmu..sepanjang usia bergelar suami/isteri, perasaan mahu untuk berubah diri kepada satu y lebih baik begitu penting sekali(bg pendapat ana)..ramai sahabat y semasa bersmebang degn ana, apabila diajukan pdnya ’bila kau nak kawen?’(sb sudah berpunya)..jwpnnya ’belum bersedia’..termasuklah ana sendiri di peringkat awalnya.. dan barulah ana sedar jawapan itu tidak relevan krn smpai bila2 pun kita tak kan bersedia utk berumah tngga. Apabila enta enti sedia utk bergelar seorg isteri/suami, enta enti bersedia untuk memberi kebaikan dan menerima keburukan pasangn d samping mbentuk kesepaduan dlm matlamat, asasnya. Tambahan lagi, dari aspek berkenalan dn menerima keluarga pasangan, saudara-mara dan rakan2 pasangan serta segala aktivt harian membentuk percambahan dalam hubungan saudara. 
Buat bakal suami,
’Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’. (ar-rum, 30:21)
Sungguh indah ikatan y Allah ciptakan buat manusia sbgai jalan utk melebarkan komunikasi sesama Islam. Apa yang penting?...kerjasama(*-*)..tak mampu ana huraikan dengan kata-kata. Saudara smua, ini hanya bingkisan hati ana, sekadar perkongsian buat ana dan teman2 y MAHU mbaca. Ana hanya mngharapkan secebis kekuatan di sebalik rahmat kasih sayang Allah. Semua manusia mpunyai cita dan cinta msg2, namun cinta y halal disisi Allah itu lebih barokah..iaitu cinta yang halal di mata dunia dan juga akhirat.
’Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah’
( Riwayat Suyuti)
Bahtera ini sungguh hebat cabarannya selagi diri masih kuat, bahtera ini sungguh rapuh jalannya selagi diri merasa lemah. Dan berbahagialah org y bersabar kr dia memilih jalan untuk bersabar..
sekalipun cinta telah kuuraikan
telah ku jelaskan panjang lebar
nmun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah ternyata cinta lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu smpai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan..
wallahualam'
Bermujahadah- walaupun ia sakit, tapi bertahanlah. pasti kesakitan itu boleh mbawa kemanisan dlm diri saudara. Mujahadah ini harus lah dilakukan selalu dna jgn berhenti lebih dr 3x. Ana juga sedang dalam fasa ini.jom2!
memilih rakan y betol-rakan2 mpunyai pengaruh y begitu kuat dlm diri kta. Bukan mksud kta tdk bergaul degn org lain dn hnya memilih rakan tertentu shj. Tp, rakan y betol ini mksudnya y sntiasa ingtkan kta, menasihati kta, dan boleh share dgn kta.
Usaha mncari ustaz/org sepatutnya utk lebih didikan- bercampur gaullah dgn ulamak2..ataupun, jadikan ulamak sebagai role model anda.ambillah nlai2 positif y ada padanya dan praktikkan dlm kehidupan.
Suka juga utk ana rungkaikan mengenai sifat sang bangau. Satu analogi y jelas dan tepat. Iaitu sifat sang bangau y suka menyalah kan org lain dan mencari alasan utk kepentingan diri. Sungguh ana rasa muak dgn sifat ini, moga2 dihindari dlm hidup ana. Cuma y ana khuatir, sifat sebagai seorg 'medical student' suke mencari points for dan points against..mencari alasan utk mpertahankan keputusan sndr sedikit sebyk dapat mpengaruhi ana ut mncari alasan..alamek.sepatutnya digunakan degn cara profesional dan betOl. Org y beralasan ini bg ana ana seorg y mpunyai pendirian y teguh, bijak mbuat keputusan, tetapi sedikit ego dan degil. Maafla, ini hnya pendapat peribadi dr ana, tiada kaitan dgn y mati ataupun y telah meninggal dunia. Kita sudah cukup dewasa utk membezakan karekter masing2. Sikap beralasan tdk mengenal tempat ini jgnlah diamalkan, kelak mbawa kesan di hati saudara mahupun org lain.
Smga kta dapat refleksi dan ambil iktibar. Ana memohon maaf andai nukilan ini tdk mbantu shbt2 semua. Sesunguhnya ana adalah 'org baru' dlm bidang ini. Mohon dimaafi ya. Selepas ini ana akan perbetulkan gerak tari tangan dan minda ana utk lebih berkesan dan mendalam. Waallahualam.jumpa lagi=)




Gratisan Musik