salam ukhuwah salam perjuangan

petikan KCB2:
cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
megubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta..



suka untk ana ungkapkan rangkap sajak di atas..memandangkan ana adalah peminat sajak dan puisi ketika di bangku sekolah lagi, sudah lama rasanya tdk mnyentuh bahasa sajak y cukup indah bg ana..andai ada masa dan ruang, akan ana kongsikan sajak y ana coretkan beberapa tahun y lepas..mmg hebat ungkapan cinta bagi setiap manusia dan masing2 mempunyai pendirian sendiri tentang apa itu makna cinta sebenarnya.

cinta itu tak dapat didiskripsikan oleh org y belum pernah mendirikan rumahtangga.Ungkaplah seberapa indah dan seberapa hebat sekalipun rangkap cinta saudara2 dalam pendirian saudara. definisi cinta itu sendiri akan terlerai setelah anda benar2 membina masjid, dan memasuki alam rumah tangga. Dan atas sebab itu lah pentingnya untuk mendapat khidmat pertimbangan akal dan nasihat dari y lebih arif, iaitu org y telah mendirikan rumah tangga. MasyaAllah...mereka sudah cukup tahu asam garam kehidupan bergelar sepasang suami isteri..masakan tidak, sudah berpuluhan tahun merangkap takhta sebagai insan bergelar suami dan isteri, apatah lagi sebagai seorg ibu dan bapa. Kekuatan dan gabungan kuasa cinta antara sepasang suami isteri itulah y menentukan ’period’ sesebuah hubungan itu berkekalan. Menjadi seorg isteri/suami bukan hanya sibuk menikmati alam cinta ataupun hanya setakat meluahkan perasaan pada pasangan, tetapi ia adalah amanah/tugasan y telah dianugerahkan Allah utk sama2 menghadapi liku2 kehidupan di dunia y sementara cuma, beribadah padaNya, menyatukan ketidaksepatuan dan membentuk akhlak muslim yang mulia dalam diri dan generasi. Satu anugerah y memberi pelbagai nikmat tak terhingga..Ukurannya, lihatlah pada dalam diri, sejauh mana ana dan saudara2 MAMPU dan MAHU menangkap ilmu..sepanjang usia bergelar suami/isteri, perasaan mahu untuk berubah diri kepada satu y lebih baik begitu penting sekali(bg pendapat ana)..ramai sahabat y semasa bersmebang degn ana, apabila diajukan pdnya ’bila kau nak kawen?’(sb sudah berpunya)..jwpnnya ’belum bersedia’..termasuklah ana sendiri di peringkat awalnya.. dan barulah ana sedar jawapan itu tidak relevan krn smpai bila2 pun kita tak kan bersedia utk berumah tngga. Apabila enta enti sedia utk bergelar seorg isteri/suami, enta enti bersedia untuk memberi kebaikan dan menerima keburukan pasangn d samping mbentuk kesepaduan dlm matlamat, asasnya. Tambahan lagi, dari aspek berkenalan dn menerima keluarga pasangan, saudara-mara dan rakan2 pasangan serta segala aktivt harian membentuk percambahan dalam hubungan saudara.



Buat bakal suami,
’Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’. (ar-rum, 30:21)

Sungguh indah ikatan y Allah ciptakan buat manusia sbgai jalan utk melebarkan komunikasi sesama Islam. Apa yang penting?...kerjasama(*-*)..tak mampu ana huraikan dengan kata-kata. Saudara smua, ini hanya bingkisan hati ana, sekadar perkongsian buat ana dan teman2 y MAHU mbaca. Ana hanya mngharapkan secebis kekuatan di sebalik rahmat kasih sayang Allah. Semua manusia mpunyai cita dan cinta msg2, namun cinta y halal disisi Allah itu lebih barokah..iaitu cinta yang halal di mata dunia dan juga akhirat.

’Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah’
( Riwayat Suyuti)

Bahtera ini sungguh hebat cabarannya selagi diri masih kuat, bahtera ini sungguh rapuh jalannya selagi diri merasa lemah. Dan berbahagialah org y bersabar kr dia memilih jalan untuk bersabar..

sekalipun cinta telah kuuraikan
telah ku jelaskan panjang lebar
nmun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah ternyata cinta lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu smpai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan..

wallahualam'