Makna Hati

makna hati menyusuri cinta ilahi.. bukankah setiap manusia mempunyai sekeping hati yang di anugerahkan Ilahi..dan hati inilah tempatnya tersimpan pelbagai rahsia

Salam Berzikir



Ramadhan 1431H semakin melabuhkan tirai. Tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut hari raya.

Menjadi kebiasaan, jualan murah ada di mana-mana. Tidak kira, daripada perhiasan atas kepala hingga kaki, kuih-muih, semua tidak lekang daripada menerima kunjungan ribuan manusia di setiap pasaraya.

Pasaraya Sogo umpamanya, bilangan manusia yang ada melebihi longgokan baju yang dijual. Mahu mencuba baju di bilik persalinan pun kena beratur. Tidak termasuk lagi bilangan manusia yang beratur membayar di kaunter.




Beli Tanpa Perlu Wang

Tidak salah membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri. Bergembiralah.

Imam Syafie pernah berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimiliknya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat,dua hari raya ( Aidilfitri dan Aidiladha ). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Namun, apa yang dikesalkan. Seramai pengunjung di Sogo jauh berbeza umat Islam yang mendirikan solat di masjid. Silakan membeli di Sogo. Tetapi membeli jugalah pahala yang dijanjikan Allah. Beli yang tidak perlukan wang.

Pengalaman saya sendiri, hari pertama puasa. Solat tarawih di Masjid Saidina Uthman. Penuh muslimim muslimat. Syukur, alhamdulillah.Dari hari ke hari, situasi bertambah saf kosong mula berlaku. Dahulunya kereta terpaksa diletak di luar kawasan masjid kerana penuh tempat parking, tetapi sekarang banyak tempat kosong.



Iman vs Nafsu

Promosi dunia dikejar. Tetapi janji promosi Rabul Izati dilupakan. Hati kalah pada nafsu. Begitu banyak fadilat Ramadhan dijanjikan, tidak sedikit pun memberi apa-apa rasa pada manusia.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Tidak susah ke masjid. Beribadat tidak memerlukan wang sepertimana di pasar raya. Tambahan, ada moreh disediakan untuk para jemaah. Percuma. Tapi, kerana mata hati telah tertutup dek ketamakan nafsu, masjid-masjid dibiarkan kosong.

Fasa Terakhir : Ayuh Buat Pecutan

Sepertimana pelari 100 meter, dia akan memecut apabila semakin hampir ke garisan penamat. Begitu juga Ramadhan. Malam-malam terakhir harus digunakan sebaik mungkin.



Banyak masjid-masjid yang membuat qiamullail. Carilah malam Lailatul Qadar. Itulah sebaik-baik promosi hebat dan jualan murah untuk ummat Muhammad.

Tidak usah membuat perkiraan. Lailatul Qadar jatuh pada hari sekian-sekian. Siapa kita untuk menentukan semua itu. Beribadatlah sepanjang malam. Nescaya kita pasti tidak akan terlepas anugerah Allah pada umat Muhammad.




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan oleh Allah baginya dosa-dosa yang telah lalu”

Penutup : Tuhanku Allah

Jangan menjadi hamba Ramadhan. Hanya beramal pada bulan Ramadhan sahaja. Seolah-olah Ramadhan itu Tuhan kita, dan bukannya Allah s.w.t.

Dalam bulan Ramadhan, kaki sanggup bertahan solat tarawih 20 rakaat. Luar Ramadhan, solat fardhu pun dilengah-lengahkan.

Ramadhan hanyalah medan untuk kita merebut nilai taqwa. Nilai taqwa yang akan dipegang kuat untuk medan-medan bulan yang lain. Kerana Ramadhan, kita hanya berperang dengan nafsu, dan tiada lagi pesaing laknatullah, iaitu syaitan!



Perkahwinan Memberikan Ketenangan,Perisai Keimanan

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Mengapa Saidina Abbas r.a meletakkan perkahwinan batu asas dalam menyempurnakan ibadat?

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, contohnya seorang tok lebai yang masih bujang yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Sejujurnya, besarnya nikmat berkahwin itu kami rasa adalah kerana ketenangan.



Tenang dalam terhindar daripada jurang maksiat. Bahkan dalam kemesraan dan keintiman bersama, ada redha Allah dan doa para malaikat mengiringi.

“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id).

Besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang berkasih sayang atas ikatan perkahwinan. Tetapi, perkara sebaliknya yang berlaku. Mereka yang bercinta monyet itulah yang terkinja-kinja bersemadi jari-jemari mereka.

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa “ Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”

Darjat Dilipatgandakan

Perkahwinan juga merupakan batu loncatan untuk sama-sama lebih merebutkan gandaan pahala di sisi Allah. Bagaimana?

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).

“Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)” (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).

Subhanallah. Begitu besar ganjaran Allah berikan kepada yang sudah berumah tangga. Kalau solat raakat sahaja sudah dilipatgandakan, apatah lagi solat berjemaah, terutamanya bersama pasangan masing-masing.

Inilah yang selalu dilupakan masyarakat hari ini. Walaupun tinggal berasingan di kolej, kami tetap berkesempatan untuk sama-sama mendirikan solat berjemaah bersama-sama terutamanya di hujung minggu. Alhamdulillah. Semoga usaha kami ini diterima Allah s.w.t.

Nak Romantis Macam Baginda

Suami isteri, manisnya cuma setahun dua. Perkahwinan itu akan terasa manisnya andai dapat mencontohi manusia teragung sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sangat romantis pada isteri-isterinya.



Disisir rambut isteri, memanggil dengan panggilan manja, minum bergantian di tempat yang sama. Semua itu perlakuan Nabi.

Andai pasangan ada langkah sama mengikutinya, bukankah itu sudah dikira mengikuti sunnah Nabi. Sudahlah sunah Nabi dituruti, pasti perkahwinan juga akan terasa manis waima sudah bertahun-tahun menyelami bahtera pernikahan.

Berkahwinlah Kerana Tuhan



Usah dikejar cinta atau perkahwinan yang hanya berlandaskan kecantikan dan nafsu. Iringilah matlamat perkahwinan itu kerana Allah. Pasti niat baik akan turut selari dengan perlakuan yang murni.

Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik, atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan, perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan atas sebab perkahwinan itu adalah perkara besar mengikut Tuhan!



Dengan Rahmat Allah, alhamdulillah..hari ini tergerak hati saya utk melakarkan serba sedikit nukilan hati dan minda kpd teman2=),,setelah hampir beberapa bulan tdk mbuka page ini..terasa rindu utk mewarnainya. Alhamdulillah juga, dgn redha Allah, hari ini genap 3 bulan saya dan suami memegang takhta sebagai suami isteri..insyaAllah sbagai y terus mgharapkan kasih sayang dariNya.

Allah menjadikan fitrah manusia hidup berpasangan, berkasih sayang, Dia juga yang mengurniakan akal utk berfikir, Dia juga yang menciptakan nafsu syahwat. Dia juga Yang menentukan jodoh pertemuan, rezeki, kematian dsb.

Masih ada yang tertanya-tanya…kenapa saya khawin awal?. Khawin? definisi yang saya anggapkan sungguh paling tak familiar di kalangan warga di sini. Ia bagaikan satu fenomena yang asing..apatah lagi buat kami yang menjadi perintis di sini. Suka untuk saya berkongsi perasaan dgn teman2..(bukan utk promosi khawin beramai-ramai ya)..hanya utk membetulkan sesetengah tanggapan. Semua ini kerana NAWAITU..niat di hati saya utk hidup berpasangan, menjadikan medan ini sebagai tapak membina kekuatan dan tarbiyyah dalam diri selain mengubah diri mnjadi y lebih baik.InsyaAllah.

’’SesungguhNya amalan dengan niat, dan bagi setiap individu apa yang diniatkan. sesiapa y hjrahNya kepada allah dan rasul,maka hijrahnya kepada Allah dan rasul. sesiapa yang hijrahnya kerana dunia atau wanita, maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya’’ (riwayat Bukhori)



Terdetik juga di hati saya di saat suami melafazkan akad..perasaan bercampur-baur, namun yang paling saya tidak lupa bila teringatkan sang syaitan yang menangis teresak2 dan kecewa menyaksikan detik itu. Teman..syaitan durjana ini tdk akan putus-putus menyesakkan dada dan iman kita dalam misinya utk menjatuhkan umat Muhammad..dengan kata lain, memesongkan hati kita daripadaNya. Saya dan suami bersyukur, dikurniakan kekuatan utk bermujahadah dikala sebelum alam perkhawinan..Pernah suatu hari,nak dijadikan ceritanya, apabila bermulanya cuti semester, sy ada menyuruh rakan membelikan tiket bas pulang ke KT dan secara kebetulan tiket itu juga sama dengan suami..ingin mengelak dari terjebak dengan masalah hati, saya mengambil usaha dengan menukar tiket bas yang lain.Sy rela ke tempat pembelian tiket di stesen Putra bersama teman setia sy, kacang hijau(Modenas karisma) y sekarang telah di ankut ke KT(huu).akhirnya sy bertemu penyelesaian. Sy gembira dan tenang dengan cara y saya lakukan. Apa yang saya inginkan, sy tidak mahu bertentang mata dgn si dia, takut jika diri ini tersadong d jalan y silap.

Tak lupa juga satu insiden dimana saya baru sahaja pulang dari menempah kad undangan majlis di Pudu..sekali lagi bersama kacang hijau kesayangan saya, sejurus pulang dari Pudu, hajat di hati untuk ke Pasaraya membeli barangan. walaupun cuaca di kala itu hujan lebat,tetapi sy tetap berdegil untuk ke sana. Dan hasilnya, kain y dipakai koyak rabak tambah lagi dgn ’minimal bleeding’ di beberapa bhgn. saya mengalami kemalangan kecil akibat jalan yang licin dan bertakung dengan air hujan. masyaAllah.. Mmg sedih mengenangkan saat itu..tetapi Allah sentiasa ada bersama sy. Mgkin dia ingin mengingatkan sy, Allah yang menentukan saya hanya mempu merancang. Apa yang sy ingin tekankan, tidak perlulah sy membawa bakal suami bersama utk menempah kad undangan sedangkan sy yakin sy boleh melakukannya sendiri. Dan sy rasa sy mampu melakukannya tanpa si dia. sedangkan si dia masih belum HALAL bagi sy, mengapa saya harus ke sana ke mari dgnnya? Sy yakin cara itu akan membuatkan sy tdk selesa dan menggugat keimanan sy. Dan y paling penting, sy tahu Allah sedang memerhatikan sy dan Dia tidak suka jika sy berbuat sedemikian. Kerana dengan hanya pandangan mata, berjuta2 bisikan boleh menusuk ke hati kita sahabat2..dan bisikan itulah y melalaikan hati dan membuat hati kita mati dariNya. Mahukah kamu jauh dengan Pencipta kamu?



’’Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian TAQWA, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat’’(7:26)


Begitu juga dgn teman2..bagi yang sudah memiliki pasangan hidup masing, anda mempunyai cara dan peluang melakukannya. Mengapa biarkan diri dibelenggu hidup dengan dosa? Bagi wanita, mengapa berani bertemu si dia? tidak malukah kamu sebagai seorang wanita muslim yang menutup aurat(mungkin), keluar berduaan dengan lelaki y haram bagimu? bagi lelaki pula, mengapa biarkan anda dibelenggu hidup dgn fitnah yang paling besar bg anda..? kamu ke surau, mengucap khalimah syahadah, bibir sibuk berzikir dan mengalunkan ayat al-Quran, memakai kopiah dan kain pelikat,sudah cukup sifat sbg muslim (scr fizikalnya)..mungkinkah kecundang?

Bagi y sudah mempunyai pilihan hati, dugaan sebelum alam perkhawinan benar-benar dasyat. teramatlah dasyatnya sehingga sy dan suami juga pernah kecundang. Mesti ada penyelesaiannya, selagi kita masih gagah melawan. Kamu kecundang? jika ya..maka teruslah bangkit bertaubat memohon keampunan dariNya. MUJAHADAH itu jalan y paling tepat..hukum Allah tetap hukum! kita wajib mematuhiNya. Usah terlalu mementingkan perasaan sendiri, tetapi ’perasaan’ Dia tidak kamu jaga...berdoalah..mohon ampunanNya. Teman, saya sayangkan kamu. Ambillah mana yang baik, dan y lain renung2kan. Dewasa ini mematangkan kita, sy yakin anda mampu mengubahnya. Islam itu mulia, muliakanlah ia dengan peribadi kita. Nukilan ini tiada kene mengena dengan yang hidup,tidak bertuju pd sesiapa. Smga dapat mnjadi iktibar dan peringatan buat kita bersama=)



’Ya Allah..Yang menjadikan kami, jadikanlah kami umatMu yag taat dan bertaqwa padaMu. Ya Allah yang Maha Kuat..Kuatkanlah hati kami melawan arus noda dunia yang kian mencengkam hati hambaMu ini..Ya Allah Yang maha Pengasih, kasihkanlah diri kami dan kurniakan kasih sayang utk kami kasihkan pd orang y kami sayangi. Ya Allah Yang Maha Mengetahui..kurniakan kami jodoh yang baik, hidup yang berguna serta tetapkanlah hati kami dalam agamaMu..semoga Engkau mengampunkan kami atas segala kesalahan kami yang kami lakukan..ameen ya Rabb’

:Halwa Telinga:

Followers