Mengenalinya dengan penuh ketelitian dan keasyikan..cukup membuatkan hati ini berasa tenang dengan hadirnya seorang serikandi yang paling dicintai Nabi Muhammad saw..

Serikandi Pujaan Hati..
Siti Aishah Abu Bakar nama di beri, puteri kesayangan Abu Bakar As-Siddiq yang juga merupakan sahabat baik Rasulullah saw. Berkahwin dgn Rasululluh selepas Baginda mengalami 3 kali mimpi yang sama di mana seorang wanita berselindung di sebalik kain sutera dan wanita bertuah itu adalah Siti Aishah r.a.

Pernikahan Baginda dgn Aisyah berlangsung serentak dgn Saudah namun di awal perkhawinan, Baginda tdk tinggal sbumbug dgn Aisyah. Namun selepas 3 tahun kemudian, mereka tggal bersama berdekatan dgn Masjid Nabawi yang beratapkan pelepah kurma, berbantalkan batu-bata, beralaskan bulu haiwan dan berpintukan kulit haiwan. Hidup serba kekurangan di samping kesederhanaan..Ya Allah, zuhudnya hati hambaMu ini..


Memiliki Akhlak Mulia
Aisyah ra sngt beruntung kerana semenjak kecil dapat didikan dari ayahandanya dan dari usia awal muda juga mendapat pengaruh didikan suaminya yang tercinta. Antara sifat mulianya adalah dermawan, penyabar, ilmuwan dsb.
Pernah suatu ketika, Aisyah di beri wang 100 000 dirham dan beliau membahagikanny kpd fakir miskin hingga tdk berbaki sekeping pun padanya sedangkan pd waktu itu di rumahnya tiada apa dan dia sedang berpuasa.

Walaubagaimanapun , beliau juga mempunyai sifat cemburu..cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah yang lain. Tidak dinafikan Aisyah lah yang paling dicintai Rasulullah antara yang lain sehinggakan isteri2 nabi yang lain sanggup memberi giliran pada Aisyah semata-mata untuk menggembirakan Rasulullah. Betapalah Aisyah menjadi pujaan di hati suaminya, pandai memikat dan bijak menguruskan rumah tangganya serta dirinya.


Suami wafat di sisi
Ketika Rasulullah sedang tenat sakit, Aisyah lah yang menjaganya dan merawatnya. Sakitnya sang suami itu rela ditanggung oleh si isteri lantaran cintanya. Akhirnya Baginda wafat ketika di sisi Aisyah. Sepeninggalan Rasulullah, Aisyah banyak menghabiskan waktunya memberi talkim baik pd yang tua mahupun yang muda. SubhanaAllah, begitu banyak hikmah dan ibrah yang boleh diambil daripada peribadi Siti Aisyah Abu Bakar sehingga membentuk peribadi dan dapat menjadi model tarbiyyah buat wanita-wanita di zaman ini.

Kini, serikandi ini sudah pergi meninggalkan duniawi ini dan sdg bertemu dgn Kekasihnya Yang Satu. Pasti detik pertemuan itu juga akan kutemui gilirannya..aku berdoa semoga dapat bertemu serikandi ini di akhirat kelak, bertentang mata dengannya, berbicara, bersahabat di samping membentuk diriku sebagai bidadari terindah buat suamiku di syurga..ameen ya Rabb