Duhai ibu ayah,
sungguh ku sayang sepenuh hatiku,
namun sukar untukku memulakannya,
sedangkan dirimu tanpa segan menyemai rasa sayang pada anakmu ini,
ku harap takdir tidak memisahkan kita,
walaupun sudah tertulis bahawa kita pasti akan terpisah,
pada bila2 masa,
apatah lagi di hari terakhir kita di bumi Allah ini,

Tiap hari ku mohon,
agar kau senang dan sihat sentiasa,
di terima amalan,
Jua ku mohon
engkau dilimpahi rahmatNya,
dipanjangkan umur dan masa untuk kita bersama,



anakmu ini sangat sayangkan mu,
tak berdaya hidup tanpa mu disisi,
namun..
anakmu ini
selalu menyusahkan mu,
tanpa sedikitpun engkau mengeluh,
anakmu ini..
tdk mahu mneyakiti mu,
tdk mahu menyusahkan mu lagi,
tdk mahu..tak mahu
kuhanya ingin memberi kasih sayang pada mu

ibu ayahku..
andaikata kasih sayangku belum cukup buatmu,
maafkan daku,
aku akan berusaha melimpahkan doa dan sayangku,
maafkan daku,
krn kurang berada di samping mu ketikamu sedih dn gembira,
anakmu ini berada di perantauan,
bergelumang dengan ujian dunia y penuh cabaran..
maafkan daku,
andai tidak dapat menjadi anak yang baik,
andai aku tdk selalu menyelesaikan masalah keluarga kita,
andai daku tak sempat menangis bersamamu,
cuma dari jauh ku mohon,
agar engkau menerimaku seadanya aku
dan mengerti kehidupan anakmu ini..

ku tahu engkau jua tahu
nikmat kasih sayang y engkau limpahkan pada anak2mu,
tidak pernah sesekali engkau minta balasan,
walauapapun,
aku akn berusaha memberi y terbaik buat mu..
smoga engkau sntiasa bahagia di kampung

salam sayang dari anakmu,
Zaidatul Akmal Othman