Salam Pembuka bicara, pengikat iman..sebagaimana seteguhnya sekeping hati untuk terus mbaca kupasan kali ini.


Teringat kisah kisah semasa diri ini masih kecil dek ’sebatang taugeh y sedang bercambah, rapuh batangnya dan hijau daunnya, apalagi akarnya y hanya secebis tak cukup untuk mencengkam tanah sekuatnya..bagaikan gambaran seorg kanak-kanak. Di pendekkan kata, sejak kecil lagi dididik dengan sebatang rotan/penyapu lidi apabila melakukan kesalahan. Bila anak sudah meningkat dewasa ,lain pula cara didikannya..namun, dari pandangan mata hati ana, lain org lain pula caranya dlam mendidik cahaya mata masing2. Gelagat anak-anak dewasa makin menjadi dengan pelbagai kes jenayah yang melanggar hak asasi manusia seperti yang diwarwarkan di dalam berita.


Sepertimana yang kita tahu, Islam telah menggariskan panduan mendidik anak dan masyarakat dengn cukup teliti dan saksama dengan hukumannya. yang terbaru, kes buang anak dan berzina makin menjadi jadi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Masyarakat bagaikan sudah jelek dengan isu yang dikatakan ’biasa’ ini..padahal di sisi Islam ia amatlah di kecam. Dengan terlaksananya hukuman sebat bagi pesalah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (bidnag kuasa jenayah) 1965 (Pindaan) 1984 selain mengehadkan denda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun atau gabungan mana mana yang di atas, pasti kesannya lebih mendalam buat pesalah selain dapat memberi keinsafan y nyata. Perlaksanaan hukuman penjara sebelum ini juga membeir kesan cuma tidak mendalam di dalam hati pesalah..denda apatah lagi. Hukuman penjara sebaliknya memneri kesan y buruk kepada pesalah seperti di buang kerja, hilang sumber pendapatan, berjauhan dengan keluarga dan seterusnya boleh menyebabkan masalah emosi dek kerana tempohnya.

Saudara y dikasihi, konsep sebatan dalam Islam harus difahami semua golongan masyarakat supaya tiada yang salah anggap. Mengapakah Islam menggariskan hukuman sebegini kepada si pengzina? apakah dasarnya?..ini kerana:
1. melanggar hak-hak Allah (bagi org Islam)
2. melanggar norma akhlak manusia
3. merosakkan hubungan perkhawinan dan keturunan manusia.

Dari petikan al-Quran:
''Dan org-org mukmin itu ialah org yang tidak menyembah Tuhan lain beserta Allah kecuali dengan alasna y hak, dan tidak berzina, brgsiapa y melakukan demikina itu, nescaya dia mendapat dosanya. Akan dilipat gandakan azab utknya pada hari iamat dan dia akan kekal dalam azab itu dlm keadaan terhina. Kecuali org2 y bertaubat, beriman dna mngerjakan amal soleh, maka mereka itu akn digantkan Allah kejahatan mereka dgn kebajikan2. Dan adalah Allah itu Maha Pengamoun lagi Mhaa Penyayang''.
(al Furqan:68,69,70)

Terdapat 2 jenis penzina dan hukuman atas kesalahannya.Berikut adalh ringkasannya dan diharapkan pembaca dpt mngmbil perhatian:

a. Penzina Muhshan
-iaitu org lak2 atau wanita y telah menikmati persetubuhan dlm perkahwinan y sah,sama ada keluar air mani ataupun tdk,samada dlm ikatan perkahwinan ataupn tlh bercerai. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai mati.

Semasa pemerintahan Rasulullah saw di kala Baginda menakluki kawasan y diduduki oleh org bukan islam, Baginda telah melaksanakan hukum ini dgn jelas dan tegas. Berdasarkan hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan lain lain. Rasulullah juga melaksanakan hukuman y sama terhadap penganut agama Nasrani, Majusi dan kafir wathani y berlindung di bawah panji-panji Islam.

Saudara pembaca y dikasihi sekalian. Persoalan seterusnya di minda saudara adalah bagaimanakah hukuman rejam dijalankan?berikut serba sedikit caranya:
1. dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh sekumpulan org Islam
2. Jika pesalah wanita itu mengandung, hukuman akan ditangguhkan sampai dia
bersalin dan selesai menyusukan anaknya dlm tempoh
3. wanita y direjam keadaannya duduk, manakala lelaki berdiri
4. Pakaiannya pula diikat baik dan kemas supaya tdk terbuka auratnya dikala
menggelepar kesakitan.

Hukumannya berat tetapi wajar. Islam telah memberi kelonggran dan kemudahan pada pesalah untuk melaksanakn tgugjwb kpd anak y baru dilahirkan.


b. Penzina Bukan Muhshan
Iaitu laki-laki atau wanita y belum menikmati hubungan kelamin dalam perkahwinan y sah tetapi telah melakukan hubungan itu iaitu di luar perkahwinan y sah.

Hukumannya,
1. 100 kali sebatan

’Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atas tiap2 org 100 kali rotan dan janganlah perasaan kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam menegakkan agama Allah, jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dn hari akhirat. Dam hendakla pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan oleh skeumpulan org2 mukmin’
(Surah an-Nur: 2)

2. Pembuangan negeri/daerah selama 1 tahun

Tahukah saudara bahawa hukuman gabungan anatara 100 kali rotan dan buang negeri ini tlh dilaksanakan semasa pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Namun saudara, ada juga y berpendapat tempoh setahun itu adalh maksimum dan hanya lelaki sahaja y akan dihukum buang negeri krn wanita adalah aurat. Hikmah spy di buang negeri adalah utk mengasingkan penzina ke satu daerah lain dr daerahnya dan dalam masa y sama supaya penzina dapat bertaubat dan membina kehidupan y baru. Inilah cara ajaran y diterapkan Islam agar jiwa-jiwa muslim terkesan atas kesalahan y dilakukannya.

Mari kita selidik pula bagaimanakah hukuman sebatan ini dijalankan semasa zaman pemerintahan Islam dahulu kala.
a. wanita y hamil hendaklah ditangguhkan smpai tempoh ia berslain dan
selepas menyusukan anaknya
b. jika sakit ditangguh sehingga ia sembuh
c. hukuman tdk boleh dilakukan dlm keadaan cuaca y terlalu panas dan sejuk
d. pesalah di rotan sambil ia duduk
e. sebatan rotan boleh dikenankan kpd seluruh anggota badan KECUALI kepala,
muka dna kemaluan menurut Asy-Syafi’e dan Abu Hanifah.
f. rotan y digunakan bersaiz sederhana, tdk besar, dan tidak kecil
g. disaksikan oleh golongan mukmin.

Baru-baru ini, seramai 3 org pesalah waniat telah dikenakan hukuman rotan sebyk 6 sebatan. Undang-undang ini terhasil atas wadah perbincangan dan kesepakatan daripada hakim syariah, peguam negara, JAKIM dan JAIS. Sebelum terlaksananya hukuman tersebut, pesalah dibolehkan utk solat sunat taubat dan beberapa sesi kaunseling diadakan supaya dapat memperbetulkan akidah mereka di smaping memberi kekuatan spiritual y mendalam kpd mereka.


Selain dalam keadaan menutup aurat, hukuman dikenakan dlm keadaan duduk dan selepas itu pesalah boleh direhatkan. Pesalah boleh pulang ke rumah dalam masa sehari dua selepas itu sekiranay prosedur hukuman telah selesai. Alhamdulillah, mereka memberi impak y positif ke dalam diri mereka malah ada pesalah y mengaku bhw beliau cukup terkesan dan insaf selepas menjalani hukuman tersebut. Biarpun 6 sebatan sudah cukup menghadiahkan secebis kesedaran buat saudara Islam kita ini, berbanding hukuman penjara dan denda y dilihat sebagai prosedur y kurg memberi makna dalam hati mereka.

Dengan terlaksananya hukuman baru ini, moga-moga cinta Ilahi dalam hati mereka dapat memberi cahaya dan pengajaran buat kita serta semua wanita dan laki2 y lain. Juga smoga hati-hati peguam dan hakim seluruh negara serta badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan dapat memberi sokongn y padu supaya undang-undang baru dipinda secara teliti dan di praktikkan bukan sahaja di seluruh negeri bahkan seluruh begara-negara Islam di dunia ini. Setapak melangkah buat hari ini, segunung hasil buat bertahun akan dtg!



Terima kasih krn sabar membaca rumusan ini. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat..itu sudah memadai.

Sumber rumusan: Mengenal Kanun Jenayah Islam karangan Drs. Abdul Ghani Azmi B Idris

Wallahualam