Salam mesra=) alhamdulillah belek punye belek, ana terjumpa la satu artikel ni..setelah sekian lama tidak mnggrakkan jari jemari ini utk menaip..alhamdulillah juga Allah beri kesempatan pd ana dan pembaca2 smeua y masih sudi mngikut perkembangan blog ni(opps)..trimas ya. kali ini sy akn mengimbas kembali satu artikel y sy rasa amat cukup berkesan, d mana ramai manusia khususnya wanita sedang/masih lupe akannya. Dimana pengisiannya mengenai tabiat kita berhari hari, penampilan kita dan pembawaan watak kita dalam karakter sbagai seorg umat Muhammad saw.Selamat membaca!


Kontroversi yang ditimbulkan oleh wanita bertudung mengelirukan wanita Islam yang masih tidak bertudung dan lebih lebih lagi org bukan islam. Mana tak peliknya tujuan bertudung itu untuk memelihara maruah wanita itu tetapi kelakuan sebahagian wanita bertudung sekarang mmerosakkan maruah diri mereka sendiri.apa cerita?
Sebenrnya perintah menutup aurat itu tidak salah, terlalu bnyk hikmah dan memang terbukti wanita y menutup aurat ini lebih selamat daripada bahaya mata lelaki dan gejala gejala y lebih serius daripada itu seperti sumbang mahram, rogol dan zina. Tetapi wanita bertudung itu salah kerana mereka tidak memahami byk perkara berkaitan dengan perintah menutup aurat atau kalau mereka faham pun, mereka tidak tahan cabaran y diterima oleh wanita bertudung kerana tipisnya iman y dihadapi oleh mereka atau kerana mereka terpengruh dgn keindahan keing=dahan y dinikmati pleh wanita yang tidak menutup aurat walaupun mereka tahu nikmat itu hanya sementara. Berdoalah untuk wanita ini agar mereka di beri petunjuk dan kekuatan untuk menutup aurat secara sempurna.


Bagaimana pula dgn isu wanita bertudung melakukan maksiat? Mengapa ada wanita bertudung y buruk akhlaknya dan tiada disiplin diri? Sebenarnya org y bertudung itu perlu memahami bahawa pakaian ada kaitan dgn akidah, ibadah , dan akhlak. Jadi seorg wanita y bertudung mestilah menjaga pandangan mata dan menjaga batas pergaulannya. Sesiapa pun boleh terjebak dengan zina walaupun dia serg imam, ulama, terpelajar sekiranya dia tidak menahan pandangn matanya, tdk menjaga batas pergaulan, dan melakukan perkara y menghampiri zina seperti berjumpa berdua-duaan di tempat y sunyi,chatting, dan sms perkara y boleh mendorong kepada zina.


Wanita y bertudung krn taat perintah Allah sepatutnya dan biasanya akan taat juga perintah Allah y lain sperti solat,puasa,mghormati ibubapa, dan guru dan lain2. Tetapi wanita y bertudung ikut-ikutan atau kerana malu kepada manusia spt ustaz,kawan satu sekolah, adk-bradik, ibubapa, saudara mara atau masyarakat sekeliling biasanya tdk menjaga perintah Allah y lain2 dan akn sanggup bergaul bebas hatta mendekat zina. Ini kerana dia bertudung bukan kerana taat kpd Allah, bukan juga krn takutkan siksaan Allah , jadi dia juga tidak takut utk melanggar perintah Allah y lain. Wanita bertudung juga perlu sentiasa memperbaiki akhlaknya dan berusaha mempertingkatkan amal ibadahnya.



Kuncinya org Islam mesti melakukan sesuatu kerana TAAT perintah Allah bukan kerana taut atau malu kepada manusia dan untuk berpegang teguh dgn sesuatu perintah mereka perlu memahami mengapa sesuatu perintah atau larangn itu dilaksanakan serta perlu melatih diri untuk menahan segala cabaran seperti tohmahan manusia serta membiasakan diri dengan perintah itu atau arabnya ISTIQAMAH(tetap berterusan)


Bagaimana pula dgn y bertudung tetapi atas dada, mengikut bentuk badan, dan jarang? banyak wanita melakukan sebegini kerana ingin kelihatan cantik. Tidak perlu bertanding kecantikan atau menunjukkan anda lebih cantik diluar rumah dan dihadapan khalayak ramai kerana konsep menutup aurat sebenar ialah y tidak menarik perhatian. JIka mahu menarik perhatian pakailah apa sahaja pakaian y paling indah dan dedahlah semahumu kepada org y menikmati kecantikan y dianugerahkan oleh Allah swt. kepadamu! Sebab itulah perlu memahami konsep bertudung. Bertudung di luar rumah bukanlah utk bermegah megah atau bertanding siapa y lebih cantik, bertudung utk memelihara maruah diri jadi cukup sekadar kemas dan meyakinkan kerana jika ini yang berlaku memanglah wanita itu biasanya akan melewati atau melanggar ciri-ciri menutup aurat y sempurna..


Rasulullah saw bersabda,
'sesiapa y memakai pakaian kemegahan di dunia ini maka Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan di akhirat kelak' (Ahmad, Abu Daud An-Nasai dan Ibnu Majah). larangan ini juga bertujuan utk mengelak perasaan riya' dan menjaga hati org miskin. Sayangilah diri sendiri, alang alang bertudung biar sempurna. Sungguh sayang, kita berharap dengan bertudung, kita akan terselamat dari seksa neraka tetapi kerana kita melangar ciri-cirinya kita tetap disiksa

Sekian, artikel ini akan disambungkan pada entry berikutnya..sahabat, semga kita dpat mengambil iktibar dari apa y disampaikan oleh penulis sebenar artikel ini. Kau lah wanita, wanita yang terlalu istimewa..seperti mahkota emas y mmpunya nilai tersendri. Jadi belailah kecantikanmu itu sewajarnya, mahukah kecantikan mu itu dinikmati oleh manusia y tidak menjaga hatinya pada Allah? masyaAllah..sama2 kita jauhkan.


'Bertakwalah pada Allah di mana jua kamu berada dan ikutlah keburukan dengan kebaikan y akan menghapuskannya dan bergaullah dengan manusia yang berbudi baik'


'Kehidupan di dunia dijadikan indah dalam pandangan org2 kafir dan mereka memandang org2 beriman sebagai manusia HINA. Padahal, org2 bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat'. (al-Baqarah:212)